TAJUK: Peranan dan sumbangan SMU(A) Almaahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu , Kelantan bagi menghasilkan modal insan kelas pertama .
Disediakan oleh : Nik Muhammad Ezzat Fahmi b Abdullah
Matrix no : 2010280038
Kumpulan : ASD2DN
Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz b Harjin.
Pensyarah CTU 151 .
Program : Diploma Sains (DIS)
ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2. Abstrak
2.1 : Takrifan madrasah
3. Pendahuluan
3.1 : Penghargaan
4. Konsep
5. Sejarah penubuhan
5.1 : Selayang pandang 1937-2008
5.2 : Pengenalan MML
5.3 : Interpresi logo dan bendera MML
5.4 : Falsafah , Visi ,Misi MML
6. Huraian
6.1 : Pemandangan MML
6.2 : Sistem akademik,sistem persekolahan MML
6.3 : Syarat kemasukan MML
6.4 : Peranan MML dalam sahsiah diri pelajar
6.5 : Cabaran warga MML
6.6 : Data, laporan kurikulum MML
6.7 : Pencapaian warga MML
8. Penutup
9. Bibiografi
ABSTRAK
Madrasah adalah perkataan dari bahasa arab atau lebih dikenali sebagai sekolah merupakan tempat bagi kita untuk menimba ilmu selain dari masjid atau tempat-tempat yang lain. Kita menimba ilmu sejak dari kecil lagi dan proses ini berterusan sehingga akhir hayat kita. Kebanyakkan masyarakat menjadikan pembelajaran sebagai sumber pendapatan mereka yang utama dan ada juga sesetengah masyarakat yang menyumbang idea-idea bernas bagi membimbing negara setaraf dengan negara-negara yang membangun yang lain.
Madrasah tidak wujud pada awal penubuhan islam.Orang islam pada awal penyebaran islam menjadikan masjid sebagai tempat untuk membincangkan hal2 berkaitan agama.tenaga pengajar dipangggil syeikh dan kemudiannya mewujudkan satu institusi pembelajaran yang dipanggil majalis.
Bagaimanapun, menurut bahasa melayu perkataan madrasah selalunya merujuk kepada institusi islam.Secara asasnya ssekolah ugama menawarkan 2 aliran iaitu hifz : merujuk kepada kemahiran dalam menghafal al-quran ( bagi yang menghafal al-quran dipanggil hafiz) dan alim: yang mengetengahkan pelajar untuk menjadi pemimpin dalam sebuah komuniti.Antaran matapelajaran yang diajar ialah Arab,tafsir( penterjemahan al-quran) syariah (undang-undang islam) hadith( petikan atau kata2 nabi Muhammad SAW),mantiq ( boleh diterima oleh akal) dan sejarah tamadun islam ataupun ( sirah nabawiyyah).
Perkataan madrasah ( arab : مدرسة,madrasah, مدارس,madaris) bagi kesemua bentuk institusi pembelajaran,mahupun sekular ataupun ugama( bagi semua agama). Ianya telah diterjemahkan dalam berbagai-bagai bentuk makna .Contohnya madrasah, madarasaa, medresa, madrassa, madraza, madarsa, medrese dan sebagainya.
- Madrasah ʿāmmah (Arab: مدرسة عامة) diterjemahkan sebagai "sekolah awam".
- Madrasah khāṣṣah (Arab: مدرسة خاصة) diterjemahkan sebagai "sekolah persendirian".
- Madrasah dīniyyah (Arab: مدرسة دينية) diterjemahkan sebagai "sekolah agama".
- Madrasah Islāmiyyah (Arab: مدرسة إسلامية) diterjemahkan sebagai “sekolah islam”
- Madrasah jāmiʿah (Arab: مدرسة جامعة) diterjemahkan sebagai "universiti".
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, saya rafakkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Rabbul Jalil ,di atas limpahan barakahNya dapat saya menyiapkan tugasan saya pada kali ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda para sahabat dan pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman. Peranan dan sumbangan Almaahad Muhammadi lelaki dalam mengembalikan unsur keislaman dalam diri pelajar menjadi topik tugasan saya yang pertama bagi kod CTU 151 semester ini.
Bersandarkan maklumat, info,pengalaman belajar di sekolah tersebut membuatkan terdetik di hati saya untuk memilih tajuk madrasah sebagai tugasan kali ini. Maahad Muhammadi (Lelaki) merupakan institusi pendidikan yang paling sesuai untuk para pelajar menuntut ilmu agama secara serius selain daripada tempat menghasilkan banyak modal insan yang berkualiti tinggi untuk kepentingan agama, negara dan bangsa. Perjuangan MML untuk terus memperjuangkan sistem pendidikan Islam merupakan satu perjuangan yang unik dan cukup bermakna kerana pada saat ini, telah pun masuk ke usia yang cukup matang melebihi tempoh kemerdekaan negara.
MML bukan sahaja berfungsi sebagai satu institusi pengajian agama dan sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan dunia bahkan turut menjadi satu tempat yang strategik bagi mendidik seterusnya melahirkan banyak modal insan kelas pertama yang berkualiti tinggi dan mulia.
Akhir kalam, sebelum saya mengundurkan diri, saya juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai kata terdapat salah salah dan silap yang disengajakan. mahupun tidak bagi menyiapkan tugasan ini.Mudah-mudahan segala bakti dan sumbangan idea,moral,tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan oleh semua pihak akan mendapat rahmat dan keberkatan yang berlipat ganda daripada
Allah swt. Segala yang baik datang dari Allah SWT dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri.
KONSEP
Semua ibu-bapa ,guru dan masyarakat sentiasa mengharapkan agar Maahad Muhammadi Lelaki Berjaya melahirkan banyak pelajar cemerlang dan berkualiti tinggi dari segi pelajaran dan nilai budi. Mereka mahu pelajar yang dihasilkan ini akan menjadi pemimpin yang berwibawa , amanah, jujur , bertanggungjawab kepada agama ,bangsa, negara pada masa akan datang. Bukannya mudah untuk melahirkan insan yang seumpama ini jika tidak dapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutama daripada kalangan ibu-bapa.
Dalam mengharungi kehidupan serba moden yang penuh pancaroba ini,kita seharusnya berdepan dengan 1001 cubaan yang boleh merungkaikan nilai akhlak islamiyah umat islam. Hanya golongan yang bertakwa sahajalah yang akan mampu bertahan daripada terjerumus ke lembah kehinaan ini.Secara telusnya marilah kita bersama-sama mengorek sebanyak mungkin ilmu Allah s.w.t yang tidak terjangkau dek pemikiran manusia demi melakarkan nilai-nilai ketaqwaan di lubuk hati dan jiwa yang amat dahagakan erti sebuah keimanan.
Sesungguhnya terlalu banyak cabaran dan rintangan yang sedang dan bakal dihadapi oleh para remaja di zaman penentangan terhadap kebangkitan Islam di dunia ini. Oleh itu, dalam usaha menangkis segala serangan ini sewajarnya para remaja muslim khususnya warga MML harus mempersiapkan diri dengan persediaan yang mantap baik dari segi mental mahupun fizikal yang menjerumus kepada kemantapan iman kerana dengan keteguhan dan kemantapan iman sahajalah yang boleh menjadikan umat Islam teguh dan kental dalam menghadapi apa sahaja jenis cabaran.
Disamping itu juga,para pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak, peribadi dan jati diri sebagai seorang pelajar agama yang sebenar agar imej dan maruah diri kita tidak tercoreng oleh sebarang ‘budaya kuning’ yang tidak sihat. Dasawarsa ini, ramai pelajar sekolah ini yang telah berjaya dan cemerlang mencipta nama sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekaligus menaikkan nama sekolah ini secara amnya. Contohnya Ahmad Najib b Abdullah. Beliau mencipta nama di peringkat negara dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Beliau merupakan antara 6 pelajar terbaik STAM yang mencipta nama di peringkat negara.
MML sejak berzaman telah melakar ribuan kejayaan dan kegemilangan, membina ribuan modal insan penjana intelektual, politikus, budayawan, korporat, teknokrat dan sebagainya yang membina tamadun ummah berpaksikan aqidah, syariat dan akhlak. Bersamalah kita memperkasakan MML ke arah mengangkat harakat dan martabat bangsa dengan menjana potensi dan daya juang dalam bidang akademik, koakademik, kokurikulum, seiring dengan keutuhan aqidah dan kemurniaan sahsiah.
SEJARAH PENUBUHAN
Maahad Muhammadi Lelaki ditubuhkan pada hari Khamis 1 April 1937 (20 Muharam 1356) dengan ampuni perkenan dan titah Baginda ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Ismail ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV ,Al Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.Pengetua yang pertamanya ialah Sayid Abu Bakar bin Abdullah bin Abd Rahman Al-Attas yang dilantik pada I Mac 1937.Tapak asal Maahad Muhammadi ini ialah di bangunan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan(MAIK) di Jalan Sultan , Kota Bharu,Kelantan. Sekolah pertamaini di negeri Kelantan pada peringkat awalnya mempunyai 2 kelas sahaja untuk menampung jumlah pelajar seramai 75 orang untuk mempelajari 14 matapelajaran sahaja.Bilangan pelajar peringkat permulaan ini dikira cukup ramai dalam sesebuah institusi pengajian yang wujud sebelum kemerdekaan Negara.Mata pelajaran yang diajar pada peringkat tersebut ialah Al-quran.khlak,tauhid,fekah,qiraat,khat,imlak,sejarah ,kitabah bahasa arab,mahfuzat,hisab,nasyid.riadah.
Nama Maahad Muhammadi mempunyai retetan sejarah unik dn berubah-ubah mengikut tahun dan kesesuaian keadaan.Nama pada peringkat awalnya atau penubuhannya ialah Al-Madrasah Al-Muhammadiah l Arabiah iaitu pada tahun (1937-1942).Namanya ditukar pula kepada Al Madrasah Al Arabiah Jamek Merbau Ali Ismaili (1942-1956),Al Maahad Muhammadi Al Qismu Al Arabi (1956-1973) dan AlMaahad Al Muhammadi (1974-1982).
Pada tahun 1982(1 julai 1982) Al Maahad Muhammadi dibahagikan kepada dua iaitu Al Maahad Muhammadi Perempuan dan Al Maahad Muhammadi Lelaki.Al Maahad Muhammadi Perempuan dikekalkan di tempat asalnya di Jalan Merbau dan diletakkan di bawah pentadbiran pengetua Tn Hj Nik Abdul Kadir Nik Muhamad .Al Maahad Muhammadi Libanin pula dipindahkan ke Jalan Pengkalan Chepa (bangunan Sekolah Islah) untuk peringkat menengah rendah yang diletakkan di bawah pentadbiran pengetua Tn Hj Yusoff bin Yaakub . Pelajar menengah atas bahagian lelaki (pelajar tingkatan 6) pula ditempatkan di Pasir Pekan . Pada 1.1.1989 semua pelajar Al Maahad Al Muhammadi Lelaki disatukan di bawah pengurusan satu buah sekolah sahaja iaitu di Jalan Pengkalan Chepa . Semua pelajar lelaki dari Pasir Pekan dipindahkan ke Jalan Pengkalan Chepa pada tarikh tersebut . Pengurusan pentadbiran masih lagi dikekalkan.
Logo mahaad
Pengenalan warna latar belakang.
Merah
• Lambang keberanian pelajar MML menghadapi mehnah dan tribulasi dunia yang mendatang.
Hijau
• Lambang warna syurga
• Lambang keimanan dan ketaqwaan warga MML
• Symbol kesepaduan dalam mengamalkan ajaran Islam.
Kuning
• Lambang ketinggian darjat dan harapan ummah terhadap MML.
Motif 3 warna latar
• Mengingatkan 3 tujuan utama manusia diutus ke dunia : khalifah, ‘abdu & daie.
Perkataan ‘iqra
• Lambang wahyu Allah yang pertama.
Tulisan ‘Al maahad muhammadi 1937
• Mengingatkan kita tahun pertama penubuhannya.
Penggunaan tulisan jawi
• Lambang nilai-nilai murni senantiasa dikekal dan disemai dalam diri warga MML.
• Lambang keseimbangan integrasi ilmu duniawi dan ukhrawi di MML.
Bentuk perisai
• Lambang keunggulan dan ketahanan jati diri warga MML.
Bentuk bulat(merah)
• Lambang ‘ borderless world’.
• MML bakal mengungguli dunia dalam semua lapangan keilmuan.
Interpresi bendera dan logo maahad
• Warna putih ,hijau dan kuning merupakan tiga warna asas dalam bendera Maahad Muhammadi (Lelaki) yang melambangkan tiga tanggungjawab utama yang harus dilaksanakan oleh pelajar sekolah ini iaitu.
. Tanggungjawab kepada diri sendiri (pelajar)
. Tanggungjawab kepada agama islam
. Tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara
• Warna putih pula melambangkan kesucian hati para pelajar Maahad Muhammadi Lilbanin yang tulus iklas yang telah memilih sekolah ini sebagai tempat mereka menimba ilmu pengetahuan dunia serta akhirat.Dengan hati yang tulus ikhlas juga barisan pendidik dapat mendidik dan mencorak serta pada masa yang sama dapat mengembangkan potensi pelajar agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan tinggi serta menjadi hamba Allah yang dirahmati.
• Warna kuning pula melambangkan ketinggian darjat atau kedudukan dan taraf,atau penghargaan serta pandangan daripada kaca mata masyarakat sekeliling.MML merupakan sebuah institusi yang dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling kerana kemampuan institusi ini dalam melahirkan lebih ramai lagi generasi yang berilmu tinggi ,berketerampilan dan mampu mencurahkan tenaga dan bakti mereka kepada agama,bangsa dan Negara.
FALSAFAH MML
Maahad Muhammadi Lelaki merupakan sebuah sekolah agama (arab) Kerajaan Negeri Kelantan yang terbesar. Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian dan kualiti pelajar dalam menyediakan pelapis kepimpinan negara hari ini. Berbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti Maahad Muhammadi Lelaki, antaranya menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki sebagai sebuah sekolah An-Namuzaji. Berdasarkan pencapaian dan kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, memang wajar Maahad Muhammadi Lelaki diletakkan sebagai sekolah An-Namuzaji. Oleh itu, bagi meralisasikan harapan ini kerjasama dari semua pihak adalah perlu termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan pihak kerajaan sendiri harus memberikan perhatian dan sokongan yang padu kepada Maahad Muhammadi Lelaki.
VISI MML
Merealisasikan Falsafah & Matlamat Pendidikan YIK.
MISI MML
Maahad Muhammadi Lelaki beriltizam untuk menjadi sebuah model institusi ilmu (mithali) terulung yang membangunkan sektor pendidikan sepadu dan menawarkannya untuk menggerak seluruh potensi pelajarnya bagi melahirkan generasi rabbani melalui program pendidikan terancang berteraskan Islam dan tradisi ilmunya.
Al Maahad Al Muhammadi Lilbanin menempa sejarah apabila pembinaan bangunan baru 3 tingkat mula dibina pada tahun 1988 dengan cirri-ciri yang menarik dan telah siap digunakan pada 1.1.1989.Bangunan baru ini telah dirasmikan dengan acara yang penuh gilang-gemilang oleh KDYM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim . Turut berangkat ialah YTM Tengku Muhammad Faris Ibnu Tengku Ismail Petra (Tengku Mahkota Kelantan).
.Asrama Tuan Guru 4 tingkat mula dibina pada tahun 1997 semasa Ustaz Haji Nik Razi bin Haji Nik Mat menjadi pengetua. Asrama ini boleh menampung jumlah pelajar sebanyak 400 orang dan siap diduduki dan dirasmikan oleh YAB MB Kelantan Darul Naim pada tahun 2000.
Bangunan baru 4 tingkat mula dibina 14 Januari 2001 semasa Ustaz Hj Wan Roslan Wan Hamat menjadi mudir.Bangunan ini siap diduduki dan dirasmikan oleh YAB MB Kelantan pada tahun 2003.
SYARAT KEMASUKAN MML
Bagi membolehkan sesesorang pelajar untuk memasuki sekolah kawalan YIK seperti maahad muhammadi lelaki,maahad muhammadi perempuan,maahad tahfiz sains, sekurang-kurangnya,pelajar tersebut haruslah memiliki keputusan 4A 1B dalam ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) untuk membolehkannya membeli surat permohonan belajar di sini. Setelah borang permohonan diterima,pihak sekolah akan membuat dua saringan kemasukan iaitu mengadakan satu ujian kemasukan pelajar tingkatan 1 atau (safful aw-wal) yang menjerumus kepada kefahaman sesorang pelajar dalam soal-soal agama islam,kerasulan nabi,sejarah tamadun islam, kecekapan dalam menulis ayat2 al-quran dan sebagainya .Ujian hafazan pula menfokuskan kepada cara seseorang pelajar mengingati surah2 dalam al-quran pada masa yang singkat serta dapat memahami serba sedikit makna dari ayat al quran tersebut.Keputusan permohonan kemasukan yg Berjaya akan dihantar dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.
Bagi pelajar yang jauh dari tempat tinggal,kemudahan asrama disediakan bagi memudahkan pelajar mengikuti sesi persekolahan.Kemudahan asrama yang lengkap seperti keadaan asrama yang selesa,keselamatan terjamin,Suasana tenang membuatkan bilangan pelajar yang memohon asrama semakin meningkat tahun demi tahun.
Dari segi pakaian pula,pihak sekolah mewajibkan pelajar memakai kopiah bagi menampakkan ciri-ciri seorang pelajar yang soleh dan beragama.Baju berlengan panjang pula sudah menjadi trade mark bagi seseorang pelajar sekolah agama.penampilan seseorang pelajar haruslah sentiasa kemas dan bersih bagi mencerminkan amalan pentingkan kebersihan dalam diri setiap pelajar.
Peranan MML dalam sahsiah diri pelajar
Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat untuk menentukan sejauh manakah amalan dan keimanan kita.Mahu tidak mahu sudah tentunya ada balasan bai setiap yang telah kita kerjakan walau sebesar zarah sekalipun.Setiap aktiviti seharian kita perlulah dititikberatkan soal dosa mahupun pahala dan hal ini akan menentukan hala Win diri kita sebagai hamba samada memilih untuk berada di dalam syurga ataupun diseksa secara terus-menerus di dalam neraka.Individu akan diuji secara individu ,pemimpin,dan pemerintah pula diuji dalam bentuk amanah dan kekuasaan. Dalam hal ini,kita golongan yang berakal ditambah pula yang tahu pasal hukum-hakam semestinya pandai memilih jalan hidup yang diredhai Allah.
Bertepatan dengan pelancaran ‘Maahad Gemilang’ , visi pihak sekolah bagi memperkasakan lagi MML ke arah mengangkat harakat dan martabat bangsa nyata terserlah dengan menjana potensi dan daya juang dalam bidang akademik, koakademik, kokurikulum seiring dengan keutuhan aqidah dan kemurniaan sahsiah .
Pihak sekolah juga turut mengadakan program bagi memantapkan lagi aqidah dan kesusilaan para pelajar dengan mengadakan tafaqquh fi-Din (ceramah agama) , mengadakan usrah yang mewajibkan kesemua pelajar terlibat, kelas-kelas hafazan mahupun kelas-kelas berkaitan dengan kemaslahan agama dan yang paling tidak saya lupakan adalah mewajibkan kesemua para pelajar untuk sama-sama mengikuti solat zohor berjemaah di masjid.Malahan, para pentadbiran turut sama berjemaah dan ini menunjukkan sikap positif yang jarang kita nampak dimana-mana sekolah. Pada bulan Ramadhan pula,pihak sekolah tidak melepaskan peluang ini untuk mentarbiahkan warga MML dengan mengadakan Ihya’ Ramadhan, bacaan al-quran beramai-ramai semasa perhimpunan dan sebagainya. Di saat menghadapi peperiksaan besar,pihak sekolah juga mengadakan solat hajat besar-besaran yang dibuat di hamparan hijau MML bagi memohon keberkatan dari Yang Maha Esa agar dapat menghadapi segala cabaran mahupun dugaan sepanjang tempoh peperiksaan tersebut.
‘ Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.’(Sayidina Ali)
Carta aliran tingkatan MML
Kesemua maahadian student mesti memepelajari kesemua matapelajaran bahasa arab disamping mempelajari subjek teras bagi membolehkan pelajar mengusai keseluruhan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat serta membolehkan pelajar menguasai pelbagai bahasa dalam suatu masa.Bahasa Arab menjadi bahasa yang wajib dipelajari bagi setiap pelajar MML disamping bahasa melayu,inggeris.Pihak sekolah juga meluluskan penubuhan persatuan bahasa mandarin bagi membolehkan pelajar MML menguasai bahasa asing sekaligus menambahkan lagi penguasaan bahasa bagi seseorang pelajar.
Cabaran
Kejayaan tidak akan datang tanpa sebarang dugaan mahupun cabaran.cabaran bagi pelajar maahadian ialah setiap tahun ,para pelajar akan menghadapi satu ujian peperiksaan bagi mengetahui pencapaian para pelajar dari segi matapelajaran teras mahupun agama.pelajar tingkatan dua akan menduduki ujian penilaian menengah rendah ugama(pmru) yang mengkhususkan matapelajaran arab seperti hadith,tafsir,tauhid,nahu-soraf,mutalaah,imlak,feqah dan sebagainya.para pelajar haruslah memahami kandungan subjek2 tersebut bagi menjawab soalan dengan betul.Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian pmru ini,pihak sekolah akan menawarkan tawaran melanjutkan pelajaran di luar Negara seperti di Kuwait atau yemen.keperatusan penilaian menengah rendah ugama (pmru)juga tidak mengecewakan dengan secara keseluruhannya berada di tahap yang terbaik .
. Pelajar tingkatan 4 juga akan menduduki sijil menengah ugama (smu) yang silibusnya sama dengan tingkatan dua tetapi intipati matapelajaran tersebut ditambah lagi bertepatan dengan tahap para pelajar tesebut.
Pelajar Tingkatan 3 sebagaimana kita tahu akan menduduki peperiksaan penilaian menengah rendah,sekolah maahad yayasan islam Kelantan juga tidak terkecuali daripada mengambil ujian tersebut.ujian ini diadakan bagi mengetahui tahap kefahaman pelajar bagi silibus pendidikan teras.Pelajar maahad muhammadi lelaki diwajibkan untuk mengambil 9 matapelajaran bagi ujian penilaian menegah rendah berbeza dengan pelajar bagi sekolah menengah biasa . ini menjadikan sekolah maahad ini unik dari segi pembelajaran dan juga dari segi intelektual seseorang pelajar. Ujian ini amat penting bagi pelajar untuk menjamin aliran yang akan dipilih bagi memasuki tingkatan 4 nanti. Sekolah maahad muhammadi lelaki menawarkan dua aliran saja iaitu aliran sains dan juga aliran akaun,berbeza dengan sekolah menegah biasa yang menawarkan pelbagai aliran seperti aliran sastera dan sebagainya.bagi sesetengah pelajar,mereka menekankan ujian ini disebabkan untuk menjamin pengambilan aliran sains yang mendatangkan seribu satu peluang pekerjaan berbanding aliran akaun yang mnegkhususkan bidang akauntan sahaja. Oleh itu,para pelajar akan mengulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang , pelajar tersebut boleh memohon untuk memasuki sekolah-sekolah sains atau maktab rendah sains mara (mrsm) bagi melanjutkan pelajaran.Akan tetapi,pihak sekolah mensyorkan para pelajar meneruskan pembelajaran disini bagi mendapat kesinambungan yang seimbang dari segi agama mahupun akademik.kesinambungan tersebut penting bagi menghasilkan pelajar yang produktif dan inovatif kepada Negara pada masa hadapan.
Pencapaian warga MML
Secara amnya para pelajar tingkatan lima yang paling banyak menaikkan nama maahad muhammadi lelaki di peringkat Negara.Keputusan SPM dan STAM 2010 yang diumumkan membuktikan Mml terus gemilang. Hampir mendekati saingan rapatnya MMP. Namun insyaa'Allah 2011 MML akan mengatasi MMP. Standby MMP. You'll see it. Meskipun tidak mendapat liputan di dada akhbar perdana tapi ternyata MML tetap GEMILANG. Ini terbukti bila mana AHMAD HARITH BIN ZABIDI AZHAR dari MML muncul sebagai PELAJAR TERBAIK SPM YIK (ALIRAN SAINS). Ahmad Harith bin Zabidi Azhar dinobatkan pelajar terbaik mendapat 15A iaitu 12A+ 2A 1A, meskipun sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pelajar sekolah , Pemain Badminton Sekolah dan ahli Kumpulan Nasyid. Ahmad Harith menjadi pelajar role model kepada Maahad Muhammadi Lelaki.
Ahmad Harith tiga dari kiri
Bagi peratusan kecemerlangan akademik bagi sijil penilaian Malaysia(spm) maahad muhammadi lelaki masih mengekalkan 100% kecemerlangan akademik bagi 5 tahun berturut-turut.alhamdulillah. Maahad Muhammadi Lelaki mencatat sejarah apabila seorang pelajar mendapat 15A , seorang 14A,(Ahmad bin Abdul Rahim) seorang 13A( Ahmad bin Abd Aziz) dan 6 orang mendapat 12A, 10 orang mendapat 11A, 14 orang mendapat 10A , 20 orang mendapat 9A serta 22 orang mendapat 8A. Secara keseluruhannya 52 orang mendapat 9A ke atas iaitu 14.48 % berbanding 22 orang iaitu 8.73 % tahun 2009. Calon yang mendapat semua A dalam semua subjek diambil seramai 11 0rang berbanding 2 orang tahun 2009 .
Kecemerlangan ini adalah hasil didikan ajaran warga pendidik maahad keseluruhannya yang tidak mengenal rasa penat dan jemu sepanjang lima tahun mengajar kami. Berkat hasil usaha yang berterusan ditambah dengan dorongan serta semangat keiltizaman yang tinggi membuatkan MML antara sekolah yang terulung di Kelantan. (yeah ;D)
Secara puratanya ,pelajar ‘keluaran’ MML mudah mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran di peringkat university di luar Negara mahupun dalam Negara.Antara IPT yang mendapat jolokan ‘perkampungan warga maahad’ ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan sebagainya.Ada juga sesetengah pelajar yang mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah seperti Martikulasi , Asasi dan sebagainya.Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM , mereka boleh memohon tawaran untuk menyambung pelajaran di luar Negara seperti Mesir,Jordan,Yemen dan Negara-negara Asia Barat yang lain.Antara universiti yang menjadi ‘favourite’ ialah ,Al Azhar,Zaqaziq,Iskandariah,dan lain-lain. Jurusan yang banyak diambil ialah lebih terarah kepada jurusan perubatan berbanding jurusan-jurusan yang lain.Tempoh pembelajaran ialah selama 6 Tahun
.
“Allah mengurniakan hikmah kepada siapa yang ia kehendaki dan sesiapa yang dikurniakan dengan kebaikan yang banyak dan tidaklah mendapat pengajaran serta peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya” (al-Baqarah : 269)
PENUTUP
Ini dapati membuat kesimpulan bahawa MML merupakan satu platform yang mantap bagi kita untuk memantapkan lagi sahsiah dan akhlak, memperlengkapkan diri dengan segala ilmu begitu juga bagi menambahkan mutu keimanan dan ketaqwaan sekaligus memartabatkan Maahad Muhammadi Lelaki dan menjadi pelopor kepada kebangkitan islam.
Sekirannya warga MML berjaya memupuk budaya muafakat dalam pengurusan kerja maka usaha untuk menjana kecemerlangan akan berjaya sepanjang masa.Oleh itu,amat digalakkan semua pihak baik,guru,ibu-bapa,pelajar dalam memastikan kesinambungan Maahad Muhammadi Lelaki dapat diteruskan sampai bila-bila.
Adalah menjadi kewajiban dan tuntutan atas semua pihak bagi mencari jalan bagaimanakah cara dan mekanisme bagi memantap serta memperkasakan lagi sistem pendidikan agama yang kita anjurkan ini agar dapat menjadi suri teladan seterusnya diamalkan sepanjang hayat oleh semua warga Maahadi.
RUJUKAN
Majalah al-hikmah SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki.edisi 36/08
Syeikh Ahmad Fadil bin Hj Umar (2007) Hadith-hadith pilihan : Penerbitan Prism KEL.
Adam Fariz b. Mohd Zain : Ketua Editor@ Exco Penerangan & Penerbitan MPP 2008
Hamid, A.Abduh (1999) . Penerbitan Budi KEL, Perintis Penubuhan Madrasah Mahadiah